Usahawan ibu tunggal sepatutnya perlu lebih proaktif?
Benarkah?
Berkorban dan terpaksa mengambil alih kesemua tanggungjawab suami sebenarnya adalah situasi yang cukup sukar untuk kita bayangkan, apatah lagi mengalaminya.
Bermati-matian dan berhempas pulas membesar, membimbing serta memenuhi keperluan anak-anak tanpa suami di sisi pasti sahaja memberi cabaran baru buat wanita yang bergelar ibu tunggal ini.
Walaupun dalam keadaan yang perit dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi namun, demi rasa sayang dan percaya pada rezeki Allah, mereka sedia menempuh ujian mendatang.
Adakah anda salah seorang daripadanya?
Jika ya, percayalah, anda seorang yang hebat.
Tambahan pula, ibu tunggal kini sudah mula menceburi bidang perniagaan yang dianggap sebagai batu loncatan dalam menjana pendapatan hidup. Sekali lagi, kerjaya sebagai usahawan bukan lah suatu yang mudah tetapi mereka masih berani untuk mencuba dan menanggung segala kemungkinan.
Ini bermakna ibu tunggal yang terlibat mempunyai sikap proaktif yang tinggi dalam diri.
Apa Itu Proaktif?
Apakah yang dimaksudkan dengan sikap proaktif?
Proaktif adalah tertumpu kepada usahawan yang positif dalam menerima perkembangan serta sentiasa mengambil peluang lebih awal dalam mencipta strategi baru terutamanya dalam dunia berteknologi ini.
Keusahawanan yang berlandaskan teknologi serta inovasi yang unik dan kreatif akan dapat mengaut keuntungan yang tinggi serta memberi hasil yang cukup lumayan. Ia sekaligus dapat menarik perhatian para pelabur tempatan dan juga luar negara.
Jadi kepada usahawan wanita sekalian, anda perlu proaktif serta merebut segala peluang yang mungkin diperoleh. Sikap ini akan membuka lebih banyak peluang untuk anda meningkatkan produktiviti perniagaan.
Bagaimana Menjadi Usahawan Proaktif?
1. Komited melakukan tugasan
Perkara pertama yang perlu anda tahu adalah anda perlu menjadi seorang yang sangat komited dalam apa jua tugas yang perlu dilakukan dan tidak menyerah kalah. Sebaliknya, setiap ujian dan kegagalan itu akan dianggap seperti suatu cabang peluang yang perlu digapai.
Tidak percaya?
Percayalah, jika anda masih terus komited untuk sentiasa mencuba walau berkali gagal, anda pasti mendapat kejayaannya kelak. Syaratnya adalah tukarkan dan perbaharui segala strategi anda.
2. Kreatif & Inovatif
Anda juga perlu kreatif dan inovatif mencipta idea-idea baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan. Sentiasa mencipta cara baru dalam usaha mempromosikan barang perniagaan.
3. Cipta peluang baru
Berjaya menukar situasi keadaan sekeliling kepada suatu bentuk perniagaan adalah suatu ciri yang baik bagi usahawan. Jika anda mampu mencipta idea yang baik dan menukarnya kepada suatu bentuk keuntungan, anda berpeluang untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.
4. Sedia ambil risiko
Menjadi seorang usahawan bermakna anda sudah bersedia untuk menerima segala risiko.
Kesimpulannya, usahawan yang bagus adalah mereka yang mempunyai sikap proaktif dalam diri. Jika kini anda menyedari bahawa anda tidak mempunyai ke semua ciri-ciri yang dinyatakan di atas, jangan risau. Anda masih lagi boleh memupuk sikap ini dari semasa ke semasa.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.