Nak tahu tips kekal bahagia?
Bahagia adalah suatu yang subjektif. Ia mungkin berlainan bagi setiap individu kerana perspektif pandangan yang turut berbeza. Ada individu yang menganggap mempunyai keluarga atau kelengkapan rumah yang sempurna adalah kebahagiaan yang sebenar. Namun, ada juga yang menganggap rasa bahagia ini terlahir dari perasaan tenang yang dirasakan.
Kesemua pendapat ini tidak salah sama sekali. Apa yang anda rasakan itu adalah yang terbaik untuk anda. Tiada siapa mengenali anda melainkan diri anda sendiri. Jadi, hargai setiap pandangan dan pendapat yang dikeluarkan individu.
Sebagai contoh, jika ada individu yang bertekad untuk tidak berkahwin lain setelah mengalami situasi penceraian atau kematian, anda perlu menghormati keputusan mereka. Jangan dipersoalkan mahupun dipandang rendah tindakan mereka. Anda tidak tahu apa yang mereka alami dan rasakan.
Sokong mereka selagi ianya tidak bercanggah dari fitrah mahupun hukum. Setidaknya, tindakan ini akan membantu mereka secara langsung atau tidak langsung dalam meneruskan kehidupan.
Kepada anda yang bergelar ibu tunggal atau wanita yang masih berusaha mencapai kebahagiaan, tidak perlu risau. Masanya pasti akan tiba. Anda pasti akan memperoleh kebahagiaan yang diinginkan kelak.
Pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang beberapa cara yang boleh anda ikuti dalam mencapai kebahagiaan dalam hidup. Antaranya adalah:-
1. Banyak bersabar dan dekatkan diri pada yang Esa
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Dia lah yang mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Jadi, banyakkan bersabar dengan segala ujian yang ditempuh. In Shaa Allah yang terbaik pasti akan tiba. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin tenang kehidupan yang anda rasakan.
menilai ciri usahawan ibu tunggal
2. Berserah dengan ketentuan Allah
Kami percaya ada kalanya anda rasa tidak mampu untuk menanggung segala keperitan hidup yang sedang dialami ini. Ibarat bebanan besar yang sedang digalas, pasti anda sering terlintas untuk berputus asa.
Sabar, kami mungkin tidak mengalami situasi anda namun, kami memahami perasaan dan keperitan yang anda lalui. Pokok pangkalnya, kita sama-sama perlu berserah dengan ketentuan Allah. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya, setuju?
3. Dekatkan diri dengan ahli keluarga
Elakkan lebih masa bersendirian dan dekatkan diri anda dengan ahli keluarga. Ini kerana jika anda ambil terlalu lama masa bersendirian, anda mungkin hanyut dengan perasaan kerana tiada bimbingan orang sekeliling. Anda akan menjadi terlalu sedih atau terlalu marah sehingga boleh hilang pertimbangan diri. Jadi, luang lebih masa dengan keluarga termasuklah ibu, ayah, adik beradik dan anak anak. Gelak tawa mereka mungkin akan melenyapkan kesedihan yang anda rasakan.
4. Jangan simpan dendam pada orang lain terutamanya bekas suami
Dendam adalah sesuatu yang buruk bukan sahaja kepada orang lain, bahkan kepada diri anda sendiri. Selagi anda menyimpan perasaan dendam, hati anda tidak akan menjadi tenang. Malah, fikiran dan tindakan buruk juga akan terlahir dari perasaan dendam itu. Ini mungkin akan memburukkan lagi perasaan sedih dan menjauhkan anda daripada terus merasa bahagia.
5. Isi masa lapang dengan hobi
Isi masa lapang dengan beberapa aktiviti yang anda sukai dan membuatkan anda gembira. Sekurang-kurangnya ia akan dapat membantu anda melupakan segala kesedihan.
Secara ringkasnya, tips bahagia ini bukan hanya dapat digunakan untuk para ibu tunggal di luar sana tetapi juga untuk anda yang sedang berasa sedih dan kecewa. Ingatlah, kebahagiaan itu bukan hadir atas individu, barang keperluan ataupun kewangan yang kukuh tetapi ia sebenarnya tercipta daripada hati yang tenang.
Anda juga boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.