Platform Yang Boleh Dilayari untuk Memulakan Bisnes

Nak mulakan bisnes tapi tak pasti platform yang sesuai?

Haa jom kami kongsikan.

Siapa sangka kerjaya yang sering sahaja diabaikan suatu ketika dahulu kini, menjadi pilihan utama bagi individu yang ingin menaik taraf kehidupan. Jika dulu industri perniagaan kebanyakannya dipelopori oleh lelaki, namun kini tidak lagi. Usahawan belia dan wanita juga sudah semakin menguasai bidang perniagaan ini termasuklah para ibu tunggal.

Namun begitu, ramai juga yang masih tercari-cari apakah platform utama yang boleh membantu mereka dalam memulakan perniagaan. Sudah pasti platform media sosial menjadi pilihan!

Ciri Platform Yang Baik

1. Dapat paparkan produk yang ingin dijual

Dengan cara ini, pengguna atau pelanggan akan dapat mengetahui ciri, rupa dan bentuk servis ataupun barangan yang dijual. Ia sekaligus dapat membina kepercayaan pelanggan terhadap produk yang anda dijual.

Jadi, ingat ye. Gambar dan video itu sangat penting untuk ciri ini.

2. Memudahkan urusan tempahan dan pembayaran dengan mudah

Platform yang baik adalah yang dapat memudahkan urusan penjual dan juga pelanggan. Jika kelebihan yang diberikan dalam sesuatu sistem itu dapat memudahkan urusan tempahan serta pembayaran dengan mudah, maka anda berada dalam pilihan yang tepat. Teruskan urusan perniagaan anda melaluinya.

kelas kemahiran membantu kelangsungan hidup

3. Urusan jualan dapat dilakukan secara sistematik

Urusan jualan yang sistematik dapat membantu anda menguasai bidang perniagaan. Antara kelebihan yang dapat diperoleh adalah database pelanggan yang diperoleh. Ini adalah perkara yang paling berharga yang ingin diperoleh semua peniaga.

Dengan database yang tersimpan, anda dapat mendorong, mengajak dan menjemput kesemua pelanggan untuk menyertai promosi, diskaun ataupun acara dan program perniagaan anda.

Platform Bagus Untuk Memulakan Bisnes

1. Marketplace

Antara Marketplace yang menjadi pilihan hangat hamper kesemua pengusaha perniagaan adalah Shoppee. Bukan sahaja jenama IKS sahaja yang mengedar dan mempromosi produk melalui Shoppee, namun syarikat-syarikat besar juga sudah mula menggunakan platform ini.

Jadi para ibu tunggal sekalian, tempatkan produk anda di sini dan dapatkan segala kemudahan yang ditawarkan.

2. Instagram

Haa inilah platform kegemaran ramai peniaga online kerana ciri-cirinya yang lebih fun berbanding platform lain. Memenuhi ciri-ciri platform yang baik, anda boleh memaparkan produk yang dijual dengan sebaiknya di sini.

3. Blogspot

Platform ini dapat menarik perhatian pelanggan yang lebih suka membeli berdasarkan kisah atau pengalaman. Jadi anda boleh berkongsi pengalaman yang diperoleh melalui blogspot dalam masa yang sama menjual produk.

4. Whatsapp

Ini lah yang sering digunakan peniaga tempatan. Untuk lebih memudahkan, anda boleh menggunakan ‘Whatsapp Business’ berbanding ‘Whatsapp Personal’. Terdapat beberapa feature yang memudahkan urusan perniagaan menjadi lebih sistematik dan tersusun.

Ringkasnya, ibu tunggal pasti sahaja mempunyai seribu satu perkara yang perlu difikirkan. Pengurusan keluarga, kewangan anak-anak dan urusan seharian yang perlu dititik beratkan sebaiknya. Jadi, platform-platform yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu memudahkan urusan anda dalam menguruskan perniagaan.

Teruskan pembacaan dan dapatkan produk menarik di ekongsi.com.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2024 All Rights Reserved.