Perkembangan Usahawan Wanita Bukti Matang Urus Perniagaan

Ibu tunggal pada hari ini berani dalam menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Dalam media massa dan media sosial, banyak kisah-kisah kejayaan dan inspirasi daripada perniagaan-perniagaan ibu tunggal yang berkembang maju. Banyak jenis perniagaan yang telah berjaya dibangunkan oleh golongan ibu tunggal dan ada di antaranya mempunyai kakitangan yang ramai. Terbukti bahawa ibu tunggal juga mampu menyumbang kepada ekonomi setempat dengan menawarkan peluang pekerjaan.

Bagi golongan ibu tunggal, untuk mengubah stigma dan sikap prejudis terhadap mereka adalah bukan sesuatu yang mudah. Ibu tunggal seringkali dikaitkan dengan isu keiskinan dan bergantung harap kepada lelaki. Yang lebih memburukkan adalah, ibu tunggal seringkali dianggap sebagai perosak rumah tangga seseorang. Dalam hidup bermasyarakat, stigma dan prejudis sebegitu harus dihapuskan agar keharmonian dapat dijaga sesama anggota masyarakat.

Golongan ibu tunggal yang menjalankan perniagaan, banyak cabaran yang ditempuhi. Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2020 dan  dibentangkan dalam jurnal Malaysian Journal of Human Ecology, ada beberapa dugaan besar dilihat menjadi dugaan dan cabaran besar yang ditempuhi oleh golongan ibu tunggal yang ingin menjadi usahawan.

Faktor yang utama ialah berkaitan dengan duit dan kewangan. Mengikut salah satu respondan dalam kajian tersebut, cabaran yang beliau sangat terasa ialah apabila gagal membayar hutang tepat pada masanya. Katanya lagi, lambat membayar hutang kadang-kadang mampu mengeruhkan hubungan termasuklah hubungan antara adik-beradik. Selain itu, faktor tidak mendapat sokongan kewangan daripada orang yang sepatutnya bertanggungjawab juga menjadi faktor terjadinya cabaran kewangan.

Selain daripada itu, cabaran persepsi masyarakat dan tomahan buruk yang dilontarkan juga adalah cabaran yang besar untuk ibu tunggal yang bergelar usahawan. Jika terlibat dalam bidang keusahawanan, semestinya golongan ibu tunggal akan  berkemungkinan berjumpa dengan pelbagai jenis orang termasuklah lelaki. Dari sinilah mungkin bermulanya tomahan yang melibatkan lelaki-lelaki lain. Jadi, golongan usahawan ibu tunggal perlu berjiwa kental dan mempunyai mental yang kuat dalam menghadapi dugaan-dugaan sebegini. Namun sebenarnya, ramai usahawan ibu tunggal yang telah melepasi fasa tomahan ini dan akhirnya berjaya membangunkan perniagaan masing-masing.

Banyak usahawan wanita ibu tunggal yang telah berjaya dalam perniagaan contohnya  dalam perniagaan kedai runcit, pembuatan makanan, urutan dan banyak lagi bidang lain. Setelah mengharungi pelbagai dugaan, golongan usahawan wanita ibu tunggal ini menjadi semakin matang dalam menghadapi ujian seharian dan akhirnya dapat berjaya dalam perniagaan. Selain itu, pertambahan ilmu dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan juga membantu golongan ibu tunggal dalam membangunkan perniagaan dan perusahaan masing-masing.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.