Pembiayaan yang Membantu Para Usahawan Ibu Tunggal

Apakah antara pembiayaan yang dapat membantu usahawan ibu tunggal?

Masih keliru?

Teruskan bersama kami untuk kita selami jenis-jenis pembiayaan yang sudah ditawarkan.

Kami pasti anda mengenali beberapa usahawan wanita yang bermula sebagai seorang ibu tunggal. Sebab utama yang mendorong kebanyakan daripada mereka untuk memulakan perniagaan adalah faktor kehidupan dan kewangan yang tidak mencukupi.

Namun, untuk memulakan perniagaan juga memerlukan semangat yang tinggi serta perbelanjaan yang agak banyak. Jadi, bantuan yang ditawarkan ini merupakan perkara berharga bagi setiap ibu tunggal.

Anda setuju?

Setidaknya, pembiayaan-pembiayaan yang diberikan oleh pihak kerajaan mahupun NGO tempatan ini dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan. Antara yang telah ditawarkan adalah:-

 

1. Bantuan modal perniagaan

Bantuan ini kebanyakannya diberikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Pemohon berpeluang mendapat jumlah modal yang banyak bagi memulakan perniagaan setelah melalui beberapa proses permohonan.

 

2. Bantuan kesihatan

Seribu satu dilema mula bermain di fikiran saat memikirkan nasib diri dan anak setelah kehilangan suami. Lebih merunsingkan lagi apabila perlu menanggung kos perubatan bagi setiap bulan.

Ia pasti suatu yang sangat berat untuk ditanggung wanita yang bergelar ibu tunggal ini. Jadi, terdapat beberapa pihak menggembleng tenaga berusaha menyediakan bantuan kesihatan kepada ibu tunggal agar dapat meringankan beban kewangan mereka.

 

3. Hadiah masuk universiti

Bantuan ini adalah bagi menghargai anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti. Selain itu, ia juga bagi menghargai usaha ibu tunggal yang sudah berjaya membesarkan anak dengan baik walaupun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

 

4. Program dan latihan kemahiran

Program dan latihan kemahiran ini sangat membantu meningkatkan taraf kehidupan. Sesiapa sahaja yang menyertainya pasti dapat mempraktikkannya menjadi suatu bentuk perniagaan yang dapat menjana pendapatan.

 

Ringkasnya, pembiayaan yang telah ditawarkan sebenarnya adalah sangat banyak. Anda perlu rajin mencari dan bertanya tentang pembiayaan-pembiayaan baru yang ditawarkan di alam maya. Ingat ye! Dunia kini berteraskan teknologi jadi hampir kesemua permohonan adalah melalui atas talian. Namun jika anda mempunyai masalah, boleh dirujuk kepada individu yang bertanggungjawab.

Apa apa pun, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.

Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.