Sukar bangkit kembali dan tingkatkan pendapatan diri?
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, kini, wanita yang bergelar ibu tunggal ini terpaksa mengumpul kekuatan dalam menyara keluarga serta membesarkan anak-anak yang masih kecil bersendirian setelah kematian atau kehilangan suami.
Keperitan hidup yang tidak dapat kita bayangkan ini terpaksa dihadapi mereka. Ibu-ibu ini perlu berani keluar dari comfort zone mereka untuk mencipta dan membina kehidupan baru.
Masalah dan Cabaran Ibu Tunggal
1. Tiada masa untuk diri sendiri
Cabaran kepada ibu tunggal yang paling utama yang boleh membawa kepada keburukan mental dan fizikal adalah kekurangan masa untuk diri sendiri.
Tahukah anda, setiap individu memerlukan masa yang khusus untuk diri sendiri, tidak kira sama ada mereka adalah individu bekerjaya, suri rumah atau bekerja sendiri. Waktu ini diperlukan untuk anda berehat dan mengumpul kembali kekuatan serta semangat diri.
Namun begitu, kesibukan yang dihadapi ibu tunggal untuk mengurus kehidupan telah menghilangkan ruang untuk merehatkan diri. Anda mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan seharian dan lebih gemar menyelesaikan segala masalah seorang diri.
Lama kelamaan, emosi anda akan menjadi tidak stabil dan sekaligus meningkatkan tahap kerinduan terhadap pasangan. Jika emosi ini tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi kesan yang buruk kepada kehidupan.
2. Masalah kewangan
Masalah kewangan yang melampau kadang kala meruntuhkan semangat ibu tunggal untuk terus berjuang dalam pencarian mencari rezeki. Ada yang merasakan ujian yang diterima terlalu berat sehingga tidak mampu untuk ditanggung lagi.
3. Anggapan buruk orang sekeliling
Tidak dinafikan, terdapat sesetengah individu yang memandang buruk dengan wanita yang bergelar ibu tunggal ini. Mereka lebih sibuk memikirkan sebab dan punca wanita ini ditinggalkan tanpa memikirkan ujian yang terpaksa mereka tempuh selepas bergelar ibu tunggal.
Mengapa isu ini yang perlu diberi perhatian?
Tidakkah anda simpati dengan cabaran dan dugaan yang dilalui mereka?
Kepada para ibu tunggal sekalian, jangan bersedih.
Hanya anda yang tahu ujian yang ditempuh.
Jadi, elakkan terlalu berfikir tentang kata-kata orang tetapi sebaliknya amalkan ciri-ciri positif yang dikongsi di bawah ini.
Ciri Positif yang Perlu Diamalkan
1. Sentiasa bersyukur
Menjadi ibu tunggal bukanlah suatu perkara buruk atau aib bagi setiap keluarga. Ibu tunggal memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Ujian dan cabaran yang dihadapi mungkin sangat berat namun syukurilah setiap perkara yang terjadi kerana Tuhan mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
2. Percaya pada diri
Percaya pada diri adalah suatu azimat berguna buat ibu tunggal untuk menghadapi ujian dan cabaran. Percayalah, jika anda yakin pada kemampuan diri, segalanya pasti akan dapat dilalui dengan mudah. Percaya adalah kata kunci utamanya.
3. Multitasking
Satu lagi sikap yang berguna dan memberi kesan yang sangat baik kepada peribadi individu adalah multitasking. Bila anda mampu melakukan pelbagai jenis kerja dalam satu masa, anda adalah seorang individu yang hebat. Bayangkan saja urusan rumah tangga yang selalunya diuruskan oleh dua orang individu iaitu ibu dan bapa ini kini perlu dikerjakan seorang diri.
4. Tak mudah menyerah
Jika anda mampu menyelesaikan kesemua urusan dan ujian dengan baik, anda adalah seorang yang tidak mudah menyerah.
5. Bertanggungjawab
Pasti tidak mudah untuk membesar, mendidik, menjaga serta memberikan pendidikan yang baik kepada anak dengan sendiri. Tanpa mental yang kuat, tanggungjawab ini mungkin tidak dapat digalas wanita bergelar ibu tunggal.
Secara ringkas, jika anda mempunyai kesemua ciri-ciri ini, ia mungkin memudahkan anda untuk menjana pendapatan diri. Anda juga boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.