Jenis Perniagaan yang Boleh Diceburi

Jom kita kenali beberapa jenis perniagaan yang boleh diceburi.

Apabila kita bercakap mengenai jenis perniagaan, sudah pasti minda kita ke arah produk yang mudah dijual. Sebenarnya tidaklah salah cuma kali ini kami akan berkongsi dengan anda selain menjual produk semata mata, ada banyak lagi jenis perniagaan yang boleh anda ceburi

Sudah pasti menjadi ibu tunggal anda punya kekangan masa disebabkan untuk menguruskan anak yang masih kecil atau yang diperlukan perhatian. Jadi kami akan berkongsi dengan anda jenis perniagaan yang anda boleh lakukan tanpa abaikan tanggungjawab anda sebagai ibu di rumah.

 

1. Drop ship

Perniagaan ini tidak memerlukan modal. Caranya mudah, anda hanya perlu mendaftar sebagai dropship dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dan manfaatkan bahan pemasaran yang disediakan untuk mencari pelanggan. Anda boleh cari pelanggan menggunakan media sosial ataupun pada ‘contact’ kenalan anda yang anda kenal atau perlukan barang yang anda jual. Apabila ada yang mahu membeli, anda hanya perlu masukkan perincian di syarikat dan syarikat yang akan poskan barang itu kepada pelanggan anda. Anda mendapat untung hasil komisyen tanpa mengeluarkan modal.

 

2. Menjual kepakaran

Jika anda memiliki kelebihan dalam menggunakan komputer dan mahir dalam excel sebagai contoh, anda boleh tawarkan kepakaran anda itu kepada yang berminat. Jika anda mahu menulis, ramai sebenarnya yang mencari “ghost writer” bagi menerbitkan sesuatu bahan penerbitan. Tak kira apa sahaja kepakaran anda, anda boleh menjualnya. Cuma anda perlu tahu dimana anda patut pasarkan kepakaran anda supaya orang luar tahu akan kepakaran anda yang miliki.

 

3. Memasak dari rumah

Sekarang kita berada di zaman yang mana jika anda berada di rumah pun anda boleh menjual makanan. Pelbagai perkhidmatan ‘food delivery’ yang ada ini anda boleh manfaatkan dengan menjual masakan yang anda masak kepada mereka. Tawarkan harga yang sedikit rendah – disebabkan anda tidak membayar sewa premis kedai dan juga tukang masak, pasti ramai yang akan mahu menjadi pelanggan

Ini antara 3 jenis perniagaan yang anda boleh cuba jika anda mempunyai kekangan masa. Kami di ekongsi doakan anda terus kekal tabah mengharungi dunia hari ini. Jangan lupa segala jenis perniagaan anda perlu mempunyai ilmu, jadi sertailah mana mana latihan yang percuma diadakan bagi meningkatkan ilmu anda supaya kelak anda berjaya!

Jika anda berniat untuk bangkit dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jangan tunggu lagi!

Anda boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.

Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.

Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

 

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.