Jom kita kenali beberapa jenis produk yang boleh dijual.
Berada di tahun pasca Covid ni sudah pasti banyak peluang terhidang bagi mereka yang mencarinya. Ramai tertanya apakah jenis produk yang boleh dijual untuk menjana keuntungan. Anda berada di tempat yang tepat kerana kami akan kongsikan dengan anda 4 jens produk yang anda boleh jual dan menerima pulangan yang lumayan.
1. Pakaian
Pakaian adalah produk yang anda boleh jual dengan mudah. Selain barangan ini tiada tarikh luput yang mana akan merugikan anda kelak, pakaian adalah produk yang sangat mudah dijual
Terdapat pelbagai jenis pakaian anda boleh jual ikut sahaja ‘trend’ semasa
Antaranya adalah:-
- Baju kurung
- Baju melayu
- Tshirt
- Kaftan
Jika anda memasarkan di social media dan mempamerkan kepada pelanggan betapa cantik jika mereka memakai busana ini, sudah pasti anda mudah menjualnya.
pelancaran ekongsi bantu memperkasa ibu tunggal
2. Barangan aksesori
Aksesori boleh dikatakan barangan wajib untuk ada selain pakaian. Seolah kekok jika mengenekan pakaian tapi tidak memakai aksesori. Selain banyak pengeluar yang mengeluarkan pelbagai aksesori yang menarik, pelanggan juga suka untuk memiliki aksesori yang trending
Antara aksesori boleh dijual adalah:-
- Pin tudung
- Rantai
- Topi
- Kerongsang
3. Barangan terpakai
Jika anda mempunyai banyak barang dirumah yang tidak digunakan, anda boleh buat jualan seperti carbooth. Peminat barangan terpakai pasti akan menyokong anda. Selain barangan sendiri, anda juga boleh meminta untuk membeli barangan daripada jiran anda dan jualnya dengan lebih sedikit.
4. Makanan
Pastilah makanan antara produk yang mudah dijual kerana hari hari kita akan makan. Cuma jika anda menjual melalui pengeposan, kena tahu akan tahap ketahanan barangan makanan itu supaya nanti anda tidak menanggung kerugian
Ini antara 4 jenis produk yang anda boleh jual. Manfaatkan jaringan internet sekarang dengan menjualnya di platform social media seperti facebook, instagram mahupun tiktok. Jangan pandang rendah akan usaha menjual secara online ini kerana sudah ramai yang memperoleh manfaat daripadanya.
Anda boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.