Benarkah institut latihan mampu memperkasa taraf ekonomi?
Keadaan ekonomi negara baru-baru ini semakin merisaukan semua pihak.
Dalam keadaan sekarang, bukan barangan kehendak sahaja yang perlu dicatu, malah, barangan keperluan juga perlu kita rancang sebaiknya sebelum dibeli. Setiap pengeluaran wang perlulah dirancang seeloknya.
Ha, jika kita merasakan sesak dan terbeban dengan ekonomi kini, bagaimana pula dengan para ibu tunggal?
Hakikatnya, peningkatan kos hidup disebabkan tekanan ekonomi dan inflasi yang tinggi ini lah antara punca yang boleh membebankan si ibu tunggal. Bertahun-tahun hidup bersama insan yang dikasihi dan mempunyai tempat bergantung harap, kini terpaksa tanggung kesemuanya sendiri.
Dari pengurusan rumah, wang, kehidupan, sehingga lah ke serba serbi kelengkapan, kesemuanya perlu dicari sendiri. Jelas, itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Jika mereka dibuang kerja, maka terputus juga lah sumber pencarian mereka. Apa yang lebih merisaukan adalah, segala kesusahan ini akan mempengaruhi emosi kanak-kanak.
cabaran ibu tunggal bermula dari suri rumah?
Justeru, para ibu tunggal ini perlu dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang mencukupi yang setidaknya dapat membantu kehidupan. Sebagai contoh, kemahiran seperti menjahit, membuat kek, mengurus perniagaan, berbelanja untuk ilmu-ilmu ini ini bukanlah suatu pembaziran.
Ilmu dan kemahiran, kedua-duanya adalah aspek yang penting untuk tingkatkan kemahiran diri. Namun, latihan secara praktikal juga amat diperlukan secara realitinya untuk memastikan segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebaiknya. Bukan hanya diperoleh secara teori.
Aspek ini sekaligus dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan serta memberi kesan positif kepada beberapa perkara lain seperti kesihatan, persekitaran kerja, alam sekitar serta keluarga.
Justeru, pelbagai pihak seharusnya membangunkan institut-institut latihan yang dapat membantu taraf kemahiran ibu-ibu tunggal ini.
Kini, terdapat beberapa institut yang sudah mula memperkasa kebajikan dan ekonomi ibu tunggal di seluruh negeri. Institut-institut latihan ini telah mempunyai pelan strategik yang menyediakan pelbagai latihan kemahiran.
Kelas Kemahiran Kemas
Siapa sangka, organisasi tabika yang sering dihadiri anak-anak kecil kita sebenarnya mempunyai cawangan lain yang membantu tingkatkan kemahiran beberapa golongan antaranya belia, suri rumah dan khususnya ibu tunggal.
Terdapat 6 bidang utama kemahiran yang ditawarkan seperti jahitan, dandanan diri, computer, seni tangan, pendidikan kesejahteraan keluarga dan juga masakan. Kemahiran ini kebanyakannya akan dijalankan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS dan beberapa pusat latihan lain.
Kelas Asas Komputer
Sebagai contoh, kemahiran yang diberikan kepada ibu tunggal ini adalah Kelas Asas Komputer.
Percaya atau tidak, kemahiran ini adalah titik tambah kepada semua individu yang baru sahaja memulakan perniagaan. Seperti yang kita tahu, pengetahunan ICT adalah sangat penting dalam dunia perniagaan kini yang mana hampir kesemua pelanggan aka memilih media sosial sebagai platform pembelian.
Jadi, ibu tunggal khususnya yang mempunyai kemahiran ini dapat lah mempraktikkannya dengan menyediakan poster perniagaan menarik tanpa perlu mengupah perkeja lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan kos pengeluaran pada awal perniagaan mereka.
Namun, masalah yang timbul kini adalah kurangnya saluran atau platform yang disediakan bagi ibu tunggal untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan servis dan kelas kemahiran yang wujud. Jadi, usaha kedua-dua belah pihak sama ada pihak kerajaan mahupun ibu tunggal itu sendiri perlulah memainkan peranan untuk menyediakan serta mencari institut latihan yang bersesuaian.
Teruskan pembacaan dan dapatkan produk menarik di ekongsi.com