Gagal atau Berjaya, Meniaga Sambil Mengurus Anak?

Gagal atau berjayakah kita, bila meniaga sambil mengurus anak?

Haa, siapa kata ada anak kecil di rumah, perniagaan tak mampu berjalan lancar?

Ternyata, anda silap.

Sebaliknya buat ibu tunggal yang mempunyai kekangan bantuan dan kos kewangan, ini adalah perkara yang dapat membantu mereka.

Walaupun menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan ditemani anak kecil yang perlu diberi keutamaan ini tidak mudah namun, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan ibu tunggal.

Mereka jelas tidak perlu memikirkan kos pengasuh dan minyak yang perlu ditanggung seperti wanita bekerjaya yang lain. Antara kelebihan yang mungkin diperoleh adalah:-

 

1. Dapat mengawasi anak depan mata

Cabaran yang mungkin ditempuh ibu tunggal adalah untuk mengurus segala kelengkapan daripada sudut kewangan dan juga pengurusan rumah serta anak-anak.

Kebanyakan daripada mereka buntu memikirkan nasib keluarga kerana suami yang menguruskannya sebelum ini. Jadi setelah menjadi ibu tunggal, mereka menjadi bingung memikirkan masa depan anak. Namun, ia menjadi kelebihan buat mereka jika dapat membuat perniagaan dari rumah.

 

2. Dapat mengurus keadaan rumah

Selain sibuk dengan pengurusan perniagaan, ibu tunggal yang hanya menjalankan perniagaan dari rumah ini juga akan dapat mengurus baik keadaan rumah. Yang penting, anak-anak perlu menjadi lebih berdisiplin dan membantu menguruskan keadaan dan tugasan di rumah.

faktor kejayaan usahawan dan ibu tunggal

 

3. Tidak terdedah kepada bahaya di luar

Ibu tunggal yang hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian di rumah ini juga akan dapat melindungi diri daripada terdedah kepada bahaya di luar. Keadaan mereka yang sering berseorangan ke mana sahaja mereka pergi akan mengundang bahaya atau diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Jadi, ini membahayakan keadaan mereka dan jika apa-apa buruk terjadi, ia akan menyulitkan pelbagai pihak termasuk diri dan anak-anak. Dunia luar pada tika ini sangat menggerunkan jadi adalah sangat baik untuk dielakkan.

Secara ringkas, tidak ada bukti yang khusus sama ada gagal atau tidak ibu yang meniaga dari rumah ini namun, jelas dinyatakan di sini, ia banyak memberi kelebihan kepada para ibu tunggal. Kita sebagai orang sekeliling perlulah bantu menyokong perniagaan yang dijalankan mereka dengan cara membeli atau mempromosi produk yang dijual kepada orang ramai.

Dan jika anda mempunyai niat untuk memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan, jangan tunggu lagi!

Anda juga boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.

Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.

Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.