Faktor Keluarga Membantu Ciri Keusahawanan Ibu Tunggal

Faktor keluarga adalah suatu organisasi yang penting dalam membangunkan ciri keusahawanan individu.

Betul atau tidak?

Mungkin ramai yang tidak menyedari isu ini tetapi tahukah anda, keluarga adalah titik penguat diri setiap golongan apatah lagi kepada para ibu tunggal.

Ibu tunggal adalah wanita yang berseorangan tanpa suami dan harus memikul tanggungjawab sebagai pengurus keluarga dan membesarkan anak-anak.

Seperti yang kita tahu, ibu tunggal akan menghadapi pelbagai jenis masalah yang melibatkan konflik peranan, ekonomi, emosi, hubungan dan sebagainya. Namun, mereka terpaksa menguruskannya dan menghadapinya seorang diri.

Jadi, keluarga adalah sangat penting dalam menyokong kestabilan emosi, kesihatan dan perilaku para ibu tunggal ini. Selain memberi kata-kata semangat kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan, perilaku yang ditunjukkan sebagai ahli keluarga juga akan membantu dalam perkembangan taraf hidup mereka.

Ini adalah beberapa faktor atau ciri-ciri keluarga yang dapat membantu para ibu tunggal.

1. Menyokong permulaan perniagaan

Sebagai individu yang baru sahaja kehilangan suami dan terpaksa menggalas tanggungjawab ibu dan bapa sendirian, sudah pasti sangat membebankan para ibu tunggal ini. Antara yang sering terjadi adalah kehilangan sumber pencarian rezeki.

Jadi kita sebagai keluarga sebaiknya perlu lah menyokong usaha mereka untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini kerana perniagaan sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan ibu tunggal untuk menguruskan anak-anak di samping berusaha memperoleh pendapatan sendiri.

Sokong dan dorong mereka dari segala aspek baik dari segi emosi mahupun kewangan agar mereka dapat membina kehidupan yang baik setidaknya.

2. Pendedahan dari kecil

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini namun, tahukah anda pendedahan dari kecil terhadap bidang keusahawanan juga dapat membantu peribadi seseorang.

Dengan ciri-ciri usahawan, anda mungkin akan menjadi lebih cekap, proaktif, berani, bertanggungjawab, berdikari bukan hanya ketika menjalankan perniagaan, tetapi juga dalam setiap aspek diri.

3. Kejayaan keluarga dalam perniagaan

Selain itu, kejayaan ahli keluarga lain dalam dunia perniagaan juga dapat membantu menaikkan semangat ibu tunggal untuk mula membina empayar perniagaan sendiri. Setidaknya, mereka berpeluang mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan.

4. Menyokong ketika hadapi cabaran

Kecewa dan sedih dalam hidup bukanlah suatu yang asing bagi setiap daripada kita. Sehingga ada yang ditahap ingin berputus asa dan tidak mahu meneruskan kehidupan disebabkan ujian yang terlalu berat untuk ditanggung.

Jadi, di sini lah keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Kita perlu menyokong emosi mereka dan tidak membiarkan mereka bersendirian dalam menghadapi cabaran untuk mengelakkan perkara buruk daripada terjadi.

 

Kesimpulannya, keluarga adalah aspek utama dalam membentuk seseorang individu. Kita lah yang sepatutnya menjadi individu pertama yang menyokong ahli keluarga. Sebagai contoh, jika ada antara ahli yang terlibat dalam dunia perniagaan, maka bantulah mereka dahulu. Mungkin boleh membeli, mempromosi atau bantu menjual servis atau produk perniagaan mereka?

Teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.