Faktor Kejayaan Usahawan Wanita dan Ibu Tunggal

Ramai yang tertanya-tanya apakah sistem penguat dan faktor kejayaan usahawan wanita yang sehingga kini masih bertahan dalam menempuh dugaan perniagaan.

Sering juga kita lihat pada paparan media massa kini menceritakan tentang dugaan yang ditempuh para wanita dalam usaha menjadi usahawan perniagaan. Ada yang datangnya dari masalah berkaitan keluarga, rakan-rakan serta faktor masalah kewangan yang terpaksa ditanggung.

Uniknya, kesemua ini mampu diatasi dan dihadapi dengan mudah.

Satu perkara tentang wanita yang perlu anda tahu adalah, walaupun mereka kelihatan manja dan memerlukan tempat bergantung, tetapi sebenarnya mereka lah insan yang paling kuat dan tabah. Sakit yang ditanggung mereka anggap titik penguat untuk terus bangkit dalam menempuh hidup.

Contoh yang boleh dilihat adalah para ibu tunggal.

Bayangkan saja kehilangan insan yang disayangi atau tempat bergantung harap dalam sekelip mata, bukan mudah untuk kita menerimanya. Namun, ibu tunggal ini bangkit mengetepikan kesedihan diri demi membesarkan anak yang dicintai seorang diri.

Demi memastikan dan mendapatkan sumber pencarian yang kukuh, usahawan wanita kini termasuk ibu tunggal berusaha sebaiknya untuk terus kekal berjaya bergelar usahan wanita.

kelas kemahiran ibu tunggal

Faktor Kejayaan Ibu Tunggal

1. Pembaharuan terhadap produk yang dijual

Setiap produk atau servis yang dijual akan senantiasa diperbaharui supaya mencapai dan mengikuti ‘trend’ terkini. Ianya adalah supaya produk sentiasa mendapat permintaan daripada golongan sasaran.

Pembaharuan ini bagaimanapun akan melalui proses tapisan, perbincangan dan ‘try and error’ dari peniaga sebelum dipraktikkan pada aktiviti jualan yang sebenar.

2. Memahami pasaran dengan tepat

Mengetahui pasaran dengan tepat merupakan antara langkah yang sering diteliti oleh usahawan untuk mengelakkan kerugian mahupun kegagalan dalam perniagaan.

3. Mempunyai daya usaha dan semangat yang tinggi

Idea tanpa usaha dan semangat, tidak akan menjanjikan kejayaan kepada seseorang usahawan. Para usahawan sekalian, ingat formula DUIT!

Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Tak lengkap kesemua ini, maka tidak bermakna lah segala idea anda.

4. Proaktif

Nak berjaya, kena lah bersifat proaktif. Usaha untuk mengambil tahu untuk setiap perkara yang perlu anda tahu sebagai seorang usahawan.

Sebagai contoh, anda boleh menghadiri kelas-kelas kemahiran yang banyak ditawarkan sama ada pihak kerajaan mahupun swasta.

5. Motivasi kendiri

Siapa lagi nak beri semangat pada kita kalau bukan diri sendiri, kan?

Jadi, pujuk diri untuk terus usaha naikkan taraf kehidupan sendiri dan cuba untuk cipta suatu sebab yang kukuh sebagai penguat anda memulakan perniagaan. In shaa Allah anda tidak akan mudah jatuh lagi.

Jadi para ibu sekalian, sudah cipta semangat sendiri untuk memajukan diri?

Jika anda ingin memulakan perniagaan namun tidak tahu bagaimana untuk mula serta platform terbaik yang ditawarkan, boleh terus berhubung dengan kami.

Teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.