Dibuang Kerja, Ibu Tunggal Masih Boleh Meneruskan Hidup

Adakah anda salah seorang ibu tunggal yang dibuang kerja atau berhenti kerja secara sukarela?

Jangan risau, pasti akan ada jalan yang terbaik untuk anda.

Yang penting anda perlu yakin bahawa langkah yang diambil adalah yang paling terbaik.

Jika diperhatikan kini, terlalu ramai individu yang memulakan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan sebagai rezeki tambahan.

Jadi, ia mungkin tidak menjadi masalah buat anda untuk turut beralih kerjaya kepada dunia perniagaan. Jangan terlalu bersedih dengan isu dibuang kerja ini kerana masih banyak peluang baru yang boleh anda tempuh sama ada dengan cara bekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri.

Antara kelebihan yang mungkin peroleh apabila beralih kepada dunia perniagaan ini adalah:-

 

1. Masa yang fleksibel

Anda akan mempunyai masa yang lebih fleksibel dan tidak tetap jika anda mula bekerja secara sendiri tanpa makan gaji. Anda boleh tetapkan waktu untuk bekerja, mengambil tugasan, menguruskan keperluan anak atau acara tambahan seperti kes kecemasan.

Namun, perlu diingatkan bahawan disiplin adalah sangat penting walaupun masa kerja anda adalah fleksibel. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan waktu rehat kepada waktu-waktu tertentu yang memudahkan anda seperti waktu anak pulang dari sekolah.

 

2. Pendapatan tidak terhad

Yang paling best tentang perniagaan ini adalah pendapatan yang anda peroleh tidak terhad. Namun, selalu saja orang beranggapan bahawa ia dikaitkan dengan isu pendapatan rendah dan tidak mencukupi. Tetapi sebaliknya, jika anda fikirkan tentan kejayaan pada perniagaan, pendapatan yang mungkin anda peroleh mungkin adalah sangat banyak sehingga anda tidak pernah membayangkan.

Pendapatan yang sangat tinggi ini berkemungkinan agak sukar diperoleh oleh mereka yang makan gaji dengan nilai kenaikan yang sudah ditetapkan. Tapi ingat, bukan mudah untuk capai ke tahap itu. Anda perlu berusaha dan terus berusaha dengan hati yang ikhlas supaya diberkati dan mendapat ketenangan.

 

3. Ilmu yang luas

Mencipta perniagaan sendiri juga memberi peluang untuk mendapat ilmu yang lebih luas berbanding satu jawatan yang anda pegang ketika bekerja makan gaji. Anda mungkin perlu menguruskan ke semua tugas yang diperlukan ketika membina perniagaan.

Ini termasuklah bahagian pengurusan, pemasaran, kewangan dan operasi. Semua ilmu-ilmu ini adalah satu titik tambahan atau kelebihan yang anda peroleh jika ingin bergerak pantas dan maju.

Secara ringkas, setiap pekerjaan adalah yang terbaik. Sama ada anda bekerja makan gaji, perniagaan sendiri dan sebagainya, anda tetap memperoleh kebaikan daripadanya jika diuruskan dengan baik.

Jadi jika anda berniat untuk bangkit dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jangan tunggu lagi!

Anda boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.  Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com. Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.