Cabaran Ibu Tunggal Mengurus Kehidupan Seharian

Cabaran ibu tunggal mengurus kehidupan sendirian kini semakin sukar?

Benarkah?

Menjadi ibu tunggal ini bukanlah suatu yang mudah dan ia merupakan gelaran yang paling ditakuti setiap wanita. Bayangkan saja terpaksa menguruskan segala keperluan seorang diri tanpa bantuan, ia pasti sangat merumitkan.

Tambahan pula pada masa kini, terlalu banyak ujian dan cabaran yang terpaksa ditempuh ibu tunggal ini dalam meneruskan perjuangan hidup. Sikap individu luar yang tidak sensitive ini turut menjadi kesan tentang mengapa para ibu tunggal ini tidak mampu berdiri dengan sendiri.

Antara cabaran yang mungkin dihdapi oleh sesetengah ibu tunggal ini adalah:-

 

1. Kurang masa untuk diri sendiri

Dalam usaha mengembangkan kehidupan serta menjamin pendapatan yang baik buat anak-anak, kebanyakan ibu tunggal akan melakukan lebih dari satu kerja. Ada di antara mereka yang kerja makan gaji di siang hari dan membuat perniagaan sendiri atau kerja sambilan di malam hari. Ini mungkin dilakukan setiap hari bagi memperoleh pendapatan secara maksima.

Namun begitu, perkara ini akan memberi kesan sampingan kepada mereka kerana mempunyai masa yang kurang untuk diri sendiri. Mereka akan menjadi ‘overwork’ dan akhirnya ‘burnout’. Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Anda sepatutnya perlu mengasingkan sedikit masa buat diri sendiri tidak kira lah sama da berjumpa dengan kawan-kawan, window shopping, menonton wayang dan sebagainya. Yang penting, anda mempunyai masa rehat yang tersendiri. Ia akan membantu anda mengembalikan semula semangat dan berfikir dengan lebih teratur.

 

2. Rasa sunyi

Ibu tunggal juga pasti sering berasa sunyi kerana ketiadaan kekasih di sisi. Rasa sunyi ini pasti akan membuat mereka berasa rindu yang berpanjangan terhadap pasangan.

 

pelancaran platform ekongsi bantu memperkasa ibu tunggal

 

3. Selalu rasa tak sempurna

Ibu tunggal yang terjadi disebabkan oleh kes penceraian pasti sering berprasangka buruk terhadap diri sendiri. Mereka mungkin selalu rasa tidak sempurna atau tidak bagus dan disebabkan itu jugalah mereka ditinggalkan. Perasaan ini juga mungkin terjadi disebabkan tanggapan dari orang sekeliling yang sering memandang rendah kepada mereka yang bergelar ibu tunggal ini.

 

4. Terpaksa buat keputusan sendiri

Cabara lain yang terpaksa dihadapi ibu tunggal adalah terpaksa membuat keputusan sendiri. Jika sebelum ini mereka mempunyai teman untuk berbincang, meneliti serta mendalami setiap keputusan yang perlu dibuat, namun kini, ia perlu ditentukan sendiri. Ia memberi tekanan yang sangat besar kepada ibu tunggal. Mereka perlu bertanggungjawab dengan setiap keputusan yang dibuat dan adakalanya perlu sedia berkorban.

 

5. Tekanan emosi

Cabaran yang paling besar yang perlu ditempuhi adalah tekanan emosi. Bayangkan saja tanggungjawab yang sebelum ini digalas oleh dua individu, ibu dan ayah, kini perlu diuruskan segalanya seorang diri. Ia adalah sesuatu yang berat dan sangat besar. Kegagalan mereka dalam melakukan sesuatu tugasan itu mungkin akan memberikan tekanan emosi yang sangat besar kepada mereka.

Secara ringkasnya, terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapai para ibu tunggal yang mungkin ada diantaranya tidak dapat ditanggung. Jadi, kita sebagai individu terdekat perlulah bersama-sama menghulur tangan meringankan beban mereka walaupun dengan sekecil-kecil pertolongan seperti mengambil anaknya pulang daripada sekolah. Itu mungkin akan sangat membantu.

Untuk anda yang ingin membantu ekonomi para ibu tunggal di Malaysia bolehlah melayari laman ekongsi.com.

juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.