Betul ke jadi suri rumah sedikit sebanyak boleh didik wanita menjadi manja, tak mampu berdikari dan tidak berfikiran luas?
Okay, mari kita kupas isu ini.
Percaya atau tidak percaya, semua itu di atas persepsi sendiri.
Pada hakikat, suri rumah merupakan individu yang kuat dan tabah, bukan individu yang lemah. Bayangkan saja, setiap hari bekerja secara ikhlas tanpa cuti dalam menguruskan semua perkara. Ini termasuklah pengurusan suami, rumah, anak-anak, aktiviti persekolahan dan keluarga. Keletihan dan kepenatan mereka tiada siapa yang tahu demi kasih sayang terhadap keluarga.
Jadi, untuk menganggap mereka sebagai individu manja dan tak mampu berdikari, itu adalah tidak patut sama sekali.
Namun begitu, terdapat juga segelintir individu yang mungkin mempercayai bahawa cabaran buat ibu tunggal bermula dari kerjaya sebagai suri rumah. Ini disebabkan oleh pandangan secara realiti yang dilihat terhadap sesetengah masyarakat. Ada isteri yang terlalu bergantung harap pada si suami dan akhirnya tidak mampu berdiri sendiri selepas ditinggalkan.
Ia memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada si isteri, malah kepada anak-anak, keluarga dan sahabat, baik dari segi emosi, fizikal mahupun mental. Jadi bagaimana kerjaya sebagai suri rumah ini mampu memberi cabaran yang besar kepada wanita yang baru sahaja bergelar ibu tunggal?
-
Kurang latihan & pendedahan
Suri rumah sentiasa sibuk dalam menguruskan aktiviti seharian sehingga ada sahaja yang tidak mampu meluangkan masa untuk diri sendiri sama ada untuk berehat ataupun tingkatkan kemahiran diri. Selain itu, isu kekurangan pendapatan juga boleh menjadi factor utama.
Jadi, ada di antara mereka yang kurang mendapat latihan dan pendedahan. Jadi, apabila terpaksa hidup sebatang kara, mereka tidak mempunyai apa-apa kemahiran untuk digunakan bagi menampung diri.
Nanti dulu, anda tidak keseorangan. Sebenarnya terlalu banyak skim bantuan dan dana yang diberikan kepada ibu tunggal yang ingin memulakan perniagaan. Semua maklumat ada di hujung jari anda. Teruskan membaca bersama kami untuk mengetahui maklumat bantuan yang diperlukan.
4 perkara membantu ibu tunggal
-
Terdedah kepada eksploitasi
Eksploitasi terhadap wanita yang tidak bekerjaya juga sering dilihat pada masa kini. Ada di antara mereka yang tidak dibenarkan untuk menyertai apa-apa acara atau program disebabkan oleh faktor kerjaya dan mungkin juga isu pembelajaran.
Jadi, ini menjadikan para suri rumah masih berada di bawah kepompong yang sama dan tidak berani untuk mencuba pelbagai perkara baru. Ia sekaligus akan menjadikannya sukar kepada para suri rumah sekiranya ditakdirkan bersendirian kelak.
-
Kurang pengetahuan perniagaan
Suri rumah yang terlalu sibuk dan tereksploitasi juga mempunyai kurang pengetahuan perniagaan. Jadi ini menyebabkan mereka takut dan ragu ragu untuk memulakan sesuatu perniagaan terutamanya apabila ditinggalkan bersendirian. Tiada motivasi, tiada semangat dan tiada pengetahuan itu, punca utama mereka kekal ditampuk yang sama.
Secara ringkas, cabaran ibu tunggal memang berat. Jadi, kepada wanita sama ada seorang suri rumah tangga mahupun yang bekerja sepenuh masa, molek kiranya anda membuat persediaan rapi dan teliti supaya tidak tergapa keseorangan mencari hala tuju kelak.
Namun begitu, anda tidak perlu terlalu risau kerana setiap masalah pasti boleh diatasi, hanya cepat atau lambat yang membezakannya. Ingat! Stabilkan emosi, dan yang lain pasti akan turuti.
Teruskan pembacaan dan dapatkan produk menarik di ekongsi.com