Cabaran yang dihadapai oleh golongan ibu tunggal amatlah besar. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan cabaran kewangan. Selain itu, ibu tunggal juga berjuang untuk mendapatkan kestabilan emosi dan kesihatan mental lebih-lebih lagi apabila kehilangan pasangan hidup adalah di luar jangkaan.
Ibu tunggal yang mempunyai anak dibawah jagaannya perlu mempunyai kestabilan kewangan. Jika sebelum bergelar ibu tunggal, golongan wanita sudah mempunyai pekerjaan yang stabil, mungkin beban kewangan tidaklah terasa tersangat berat. Tetapi, jika sebelum ini hanyalah suri rumah sepenuh masa, hal ini akan menjadi satu perubahan yang besar dalam hidup. Bukan sahaja kehilangan tempat bergantung, perubahan yang besar ini juga akan kesan kepada fasa idup, emosi, kesihatan mental dan secara ekonomi.
Dalam usaha menyokong dan menolong golongan ibu tunggal untuk keluar dari kepompong cabaran kewangan, kerajaan melalui agensi-agensi tertentu telah memperkenalkan banyak initiatif dan bantuan- bantuan khas. Antaranya ialah dengan memperkenalkan kursus-kursus untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Antara yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan ialah dengan menganjurkan kelas-kelas kemahiran seperti kelas menjahit, kelas pembuatan makanan, kelas pembuatan cenderamata dan banyak lagi.
menilai ciri usahawan ibu tunggal
Akses kepada kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari oleh ibu tunggal pada masa kini lebih mudah benbanding dulu. Lebih-lebih lagi ketika era penggunaan internet dan media sosial dengan meluas, maklumat berkenaan kursus yang ditawarkan semakin senang untuk dicapai oleh golongan sasaran. Oleh sebab itu, kursus dan bantuan-bantuan khas yang ditawarkan oleh pihak kerajaan semakin mendapat sambutan dan golongan sasar telah menyedari kepentingan menyertai kelas-kelas kemahiran sebegitu.
Hasil daripada ilmu yang dipelajari, golongan ibu tunggal boleh terus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah untuk mencari kerja dalam bidang yang berkaitan. Kemahiran-kemahiran begini boleh menjadi batu loncatan dalam melakukan perubahan dalam hidup setelah bergelar ibu tunggal. Selain memperoleh pendapatan tambahan, ianya juga boleh menjadi sokongan sosial seharian bagi golongan ibu tunggal.
Jika ada golongan ibu tunggal yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, terdapat juga bantuan dan kursus-kursusu yang ditawarkan. Antaranya ialah bantuan dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan juga bantuan-bantuan one-off untuk memulakan perniagaan. Bantuan-bantuan khas sebegini bukan sahaja dapat membantu dari segi kewangan, malah dapat juga menaikkan semangat golongan ibu tunggal ini. Para ibu tunggal akan merasakan bahawa mereka tidak terpinggir dan sentiasa mendapat sokongan yang sewajarnya.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk ibu tunggal yang menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.