Pernah dengar tentang geran pelancaran ibu tunggal?
Masih mencari bantuan buat ibu tunggal?
Tidak kiralah sama ada dari segi bantuan kehidupan atau perniagaan?
Mari kami jelaskan tentang Bantuan Geran Pelancaran yang boleh anda mohon.
Bantuan Geran Pelancaran adalah sejenis bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan kebanjikan Masyarakat bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan terutamanya para ibu tunggal.
Namun begitu, bantuan ini seringkali diberi kepada penerima sedia ada sahaja. Jadi jika anda baru sahaja bergelar ibu tunggal dan ingin menjadi salah seorang penerima, anda perlulah menghantar permohonan bantuan ini dahulu.
Segala permohonan yang dibuat akan disiasat terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan untuk diluluskan. Antara perkara yang diambil kira dalam proses kelulusan adalah bilangan tanggungan keluarga, keadaan rumah, tahap kesihatan dan beberapa aspek lain.
Anda juga berpeluang untuk mengikuti pelbagai jenis kursus atau latihan yang telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Latihan dan kursus yang terdiri daripada menjahit, kecantikan dan kosmetik, penyediaan makanan dan sebagainya akan dapat membantu para ibu tunggal untuk memulakan perniagaan sendiri dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga.
Antara bantuan yang boleh diperoleh adalah Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Am, Bantuan Orang Tua dan sebagainya. Bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu perkembangan ibu tunggal ini untuk menampung kehidupan.
Namun begitu, kesemua bantuan yang akan diberikan ini bagaimanapun adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Jadi untuk memastikan anda mempunyai rancangan tambahan dalam menyempurnakan keperluan kehidupan, anda boleh mula berfikir-fikir untuk mencipta perniagaan sendiri. Tidak kira lah sama ada perniagaan dropship, bangunan kedai sendiri ataupun hanya secara atas talian sahaja, semua ini akan membantu.
Jika anda berniat untuk bangkit dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jangan tunggu lagi!
Anda boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.