Agensi Membantu Ibu Tunggal Menjana Pendapatan Sendiri

Siapa sangka institut-institut latihan kini serta agensi telah banyak menganjurkan program-program yang membantu memperkasa kebajikan para ibu tunggal?

Hal ini disebabkan oleh terlalu banyak isu timbul yang melibatkan kesusahan dan kepayahan para ibu dalam menampung hidup membesarkan anak yang dicintai seorang diri.

Bayangkan saja sebelum ini, cahaya mata terindah itu dijaga rapi oleh dua insan yang digelar ibu dan ayah namun kini, hanya si ibu membanting tulang menggalas kesemua tanggungjawab.

Itu tidak lagi difokuskan kepada segelintir bapa yang terus mendiamkan diri mengabaikan segala amanah, sejurus berpisah dengan si isteri. Perit ditanggung si isteri tidak lagi diambil peduli.

Pihak Kerajaan

Jadi di sini, muncul lah beberapa agensi yang dapat membantu menaik taraf ekonomi para ibu tunggal antaranya termasuklah:-

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Di bawah KPM, para ibu tunggal akan dapat meringankan beban kehidupan dengan beberapa bantuan yang diberikan kepada anak-anak. Antaranya adalah bantuan persekolahan seperti pakaian seragam serta yuran persekolahan.

Selain itu, anak-anak yang terlibat juga akan memperoleh bantuan wang saku bagi perbelanjaan seharian.

2. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Agensi ini banyak membantu dalam menyediakan program peningkatan kemahiran serta pendapatan para ibu tunggal. Selain itu, ia juga membantu dalam pembangunan kesejahteraan mental dan emosi para wanita terutamanya mereka yang bergelar ibu tunggal.

4 ciri yang membantu ibu tunggal

3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Agensi ini berusaha memperkasa pembangunan wanita apatah lagi para ibu tunggal. Pelbagai program akan dijalankan bagi memberi peluang kepada wanita khasnya untuk berniaga dan sebagainya.

Agensi ini juga turut bekerjasama dengan beberapa agensi lain dengan memberi bantuan kewangan yang diperlukan oleh pihak-pihak tertentu.

 

Badan Bukan Kerajaan

1. Darul Saadah Pusat Pertolongan Wanita

Ia merupakan antara pusat kaunseling serta rumah perlindungan kepada para wanita yang mengalami pelbagai jenis krisis khasnya.

2. Mykasih Foundation

Agensi ini terlibat dalam pemberian bantuan makanan serta didikan mengenai kewangan dan cara untuk menguruskan kewangan. Selain itu, ia juga menyediakan latihan bagi kemahiran dan pendidikan secara asas dalam pelbagai bidang.

3. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)

PERTIWI membantu memberi kerjasama, tenaga dan idea yang jitu dengan perkongsian idea di antara wanita dari pelbagai latar belakang. Ia juga membantu memberi kesedaran kepada orang awam untuk lebih sensitive dan cakna terhadap isu yang terpalit kepada wanita dan ibu tunggal khususnya.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai agensi yang sudah meliputi pelbagai negeri dan latar belakang dalam membantu perkembangan wanita agar mampu terus menggegarkan dunia. Dapatkan sahaja bantuan serta maklumat yang diperoleh menerusi enjin carian dan pasti anda akan dapat jawapannya.

Teruskan pembacaan dan dapatkan produk menarik di ekongsi.com.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.