Artikel ini menceritakan tentang 5 langkah tepat yang boleh diikuti ibu tunggal.
Anda pasti buntu dengan apa yang perlu dilakukan sebagai seorang ibu tunggal?
Jangan risau, teruskan pembacaan bersama kami.
1. Kukuhkan ekonomi keluarga
Ini adalah perkara pertama yang boleh dilakukan sebaik sahaja bergelar ibu tunggal disebabkan oleh kematian mahupun penceraian. Kami percaya yang itu mungkin agak sukar untuk sesetengah ibu tunggal akibat faktor tidak pernah bekerja atau keluar ke dunia reality namun, perkara ini adalah sangat penting dalam usaha meneruskan kehidupan.
Anda perlu mencari pelbagai penyelesaian dalam menjana pendapatan keluarga sebagai contoh, memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai dropship, menjadi pengasuj ataupun bekerja secara makan gaji. Semua ini adalah jalan terbaik untuk anda dalam proses mendapatkan rezeki yang halal buat anak-anak.
2. Jangan pisahkan anak dengan si bapa
Jika anda adalah ibu tunggal atas sebab penceraian, anda mungkin mengalami beberapa komplikasi bersama bekas suami. Namun begitu, ia adalah sesuatu yang tidak patut untuk anda memisahkan anak daripada berjumpa bapa kandungnya.
Ingatlah bahawa hubungan bapa dan anak tidak akan pernah terpisah. Suatu saat, mereka pasti akan memerlukan di antara satu sama lain. Sebagai contoh, bapa pasti akan menjadi wali buat anak perempuannya yang ingin berkahwin dan bapa pasti memerlukan anaknya di saat tua kelak.
Walaupun bekas suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, tidak perlulah anda menghukumnya kerana Allah lebih berkuasa di atas segalanya. Cukuplah anda memilih yang terbaik untuk diri, anak anak serta kaum keluarga. Buangkan juga dendamyang tersimpan dalam hati ya?
keluarga membantu ciri keusahawanan ibu tunggal
3. Ajar anak-anak berdikari
Anda perlu mengajar anak-anak untuk lebih berdikari tanpa mengira jantina. Ajarkan kesemua ilmu yang mereka perlu ketahui secara umum. Hal ini dapat membantu mereka mencipta perkembangan diri serta mampu menempuh dunia yang semakin mencabar ini.
4. Cari support system
Kewujudan support system adalah sangat penting dalam diri setiap manusia dan ini termasuklah kepada para ibu tunggal sekalian. Walaupun anda mungkin kehilangan suami dan keluarga mertua, ia tidak bermakna anda turut kehilangan orang sekeliling.
Hakikatnya, anda boleh kukuhkan lagi support system anda dengan cara meluangkan lebih banyak masa bersama mereka. Lama kelamaan, kewujudan mereka akan membantu melenyapkan segala kesedihan dan keperitan hidup yang anda alami dan membuatkan anda lebih tabah.
5. Mencari bantuan yang tersedia
Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan serta NGO tempatan telah banyak mewujudkan bantuan dana yang dikhaskan kepada golongan ibu tunggal. Jadi, untuk menambah pendapatan atau mungkin mendapatkan modal perniagaan, anda boleh mencari beberapa jenis dana yang bersesuaian dengan matlamat anda. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan beban yang anda tanggung.
Jelas dengan langkah yang perlu anda ambil sebaik sahaja bergelar ibu tunggal?
Pastikan anda mengikuti langkah ini untuk meneruskan kehidupan dengan lebih mudah dan teratur.
Jika anda berniat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, jangan tunggu lagi!
Anda juga boleh membuka perusahaan sendiri dan bekerjasama dengan kami di ekongsi.com.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.