5 Jenis Persediaan Yang Boleh Diamalkan Ibu Tunggal

Nak tahu 5 jenis persediaan yang boleh diamalkan ibu tunggal?

Jom teruskan bersama kami.

Ibu tunggal merupakan mereka yang bergelar ibu yang terpaksa mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga dengan membesarkan serta mendidik anak seorang diri tanpa kehadiran suami disebabkan faktor kesihatan, perceraian, kematian dan sebagainya. Seandainya seorang wanita diuji dengan kematian suami, berikut merupakan beberapa jenis persediaan yang boleh diamalkan oleh mereka.

 

1. Kelayakan Penerima Pusaka

 

Terdapat beberapa ahli waris yang layak menerima harta pusaka, namun, keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris iaitu, bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami/isteri. Antara jenis persediaan yang perlu dititik beratkan oleh seorang isteri ialah mengetahui dan mengenali ahli-ahli waris suami sekiranya ditakdirkan kehilangan suami disebabkan kematian.

 

2. Harta Milik Arwah

Seorang isteri sepatutnya mengambil tahu mengenai harta suami. Ianya tidak menunjukkan wanita sebagai seorang yang gila harta namun ianya untuk memastikan harta suami adalah benar-benar miliknya. Tuntutan harta atas nama orang lain, amat merumitkan. Jadi, sebagai salah satu jenis persediaan yang boleh dilakukan ialah eloklah harta tersebut disenaraikan dan diletakkan di dalam satu file.

 

3. Harta Pusaka dan Harta Bukan Pusaka

Bagi mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan, harta pusaka dan harta bukan pusaka perlu disenaraikan. Ianya dapat memudahkan urusan pentadbiran harta nanti.

 

Harta Pusaka

Harta Pusaka ni terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.

a. Harta tak alih termasuklah :
  • Tanah
  • Rumah
  • Sawah
  • Bangunan
  • Atau semua yang melekat pada tanah
b. Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti :
  • Duit (saving/current) dalam bank
  • Tabung Haji
  • KWSP
  • ASB
  • Unit Amanah
  • Shares
  • Kereta/motorsikal
  • Barang kemas

 

Harta Bukan Pusaka termasuklah :

  • Pencen
  • Harta yang dipinjam
  • Harta yang telah dihibah
  • Harta yang telah diwakafkan
  • Bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Perkeso
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati
  • Duit pampasan atau gratuity
  • Harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain

 

4. Harta Sepencarian

Harta yang wujud selepas perkahwinan, samada berusaha secara langsung atau tak langsung merupakan harta sepencarian. Dokumen harta sepencarian ni amat penting. Tuntutan untuk harta sepencarian ni boleh dibuat ketika perceraian hidup atau suami berpoligami.

 

5. Penamaan

Selain daripada persediaan dari segi harta, kita harus menyemak semula semua penama akaun-akaun kita. Penama yang dinamakan merupakan pentadbir dan bukannya PEMILIK! Perlu dipastikan bahawa penama atau pentadbir adalah orang dewasa.

Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk ibu tunggal yang menarik di ekongsi.com.

Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.