4 Ciri Ini Mungkin Boleh Membantu Para Ibu Tunggal

Isu kemiskinan dalam kalangan ibu tunggal kini menjadi cerita hangat yang diperkatakan. Kebanyakannya bersikap prihatin dan bersimpati di atas keperitan yang dialami mereka. Ada yang mungkin berjaya mengorak langkah, mengatur perjalanan hidup selepas bergelar ibu tunggal, dan tidak terkecuali, ada juga yang tersungkur di pertengahan jalan.

Namun, perjuangan para ibu tunggal ini perlu dihargai sebaiknya. Sebelum kita mendalami dengan lebih lanjut berkenaan isu ini, siapa sebenarnya golongan yang bergelar ibu tunggal?

Ibu tunggal adalah gelaran yang diberikan kepada wanita yang k ematian suami, yang telah bercerai, atau wanita yang digantung tidak bertali tanpa diberi nafkah. Secara telitinya, mereka mungkin mempunyai ciri-ciri ini:-

  1. Wanita kematian suami dan sedia menggalas tugas membesarkan anak-anak,
  2. Wanita yang telah bercerai dan mendapat hak penjagaan anak,
  3. Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidup,
  4. Wanita yang sedang dalam proses perceraian,
  5. Wanita yang mempunyai suami uzur dan tidak mampu memberi nafkah serta memerlukan pengjagaan rapi,
  6. Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

Pada ruangan artikel kali ini, kami ingin bercerita tentang ciri-ciri yang mungkin boleh membantu para ibu tunggal dalam merangka corak masa depan yang sempurna bersama anak-anak, termasuklah:-

  1. Melibatkan diri dalam pasukan peniaga

Bila anda terlibat dalam pasukan peniaga, ia bermakna anda membuka diri untuk mencipta peluang baru bagi diri. Sama ada ia membantu perkembangan diri atau ekonomi, kedua-duanya akan memainkan peranan yang sangat penting.

Melibatkan diri dalam pasukan peniaga jelas menunjukkan bahawa anda bakal memperoleh kenalan yang ramai, mewujud pelbagai idea perniagaan yang kreatif serta mempunyai pengaruh yang luas dalam bidang perniagaan. Jadi, ia membantu kepada kejayaan perniagaan yang baik. Setuju?

  1. Tingkatkan kemahiran perniagaan

Berniaga pada hakikatnya adalah sesuatu yang agak sukar. Kita pasti saja tidak akan lari dari pelbagai jenis risiko yang melampau. Jika ingin mahir dalam dunia perniagaan, anda perlulah menguasai apa-apa jenis kemahiran yang berkaitan. Besar kemungkinan ia dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan serta menambah pengalaman dan membantu menyelesaikan pelbagai masalah.

  1. Tingkatkan motivasi diri

Motivasi diri mungkin agak sukar diperoleh oleh mereka yang baru sahaja atau telah bertahun-tahun bergelar ibu tunggal. Perit rasanya kehilangan orang yang disayangi hingga hampir membawa pergi separuh daripada diri. Namun begitu, ada pelbagai cara yang mungkin boleh diusahakan untuk tingkatkan motivasi diri anda, termasuklah mempunyai mentor ataupun sokongan daripada orang sekeliling.

  1. Rujuk masalah pada orang yang tepat

Jika anda merupakan salah seorang ibu tunggal yang sering memendam masalah sendiri, hentikan. Nasihat terbaik dari kami adalah rujuk masalah pada orang yang tepat. Tahukah anda, semakin lama anda pendam sesuatu masalah, semakin besar masalah itu akan memakan diri.

Jadi, ceritakan saja pada mereka yang anda percaya. Siapa tahu, pelbagai jenis idea dan jalan penyelesaian yang akan timbul dan secara tak langsung, masalah selesai, hati pun semakin tenang.

Jadi secara ringkasnya, corak pemikiran dan tindakan yang dilakukan para ibu tunggal kini akan membantu perkembangan masa depan kelak. Ia bukan sahaja dapat membantu diri sendiri tetapi juga buat anak-anak. Jadi, fikir-fikir kan, tak salah untuk bersedih tetapi sebolehnya, jangan lah sehingga memakan diri.

Related Articles

Bantuan TEKUN Nasional

Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.