Masalah psikologi adalah cabaran yang boleh menggugat kebahagiaan ibu tunggal?
Bagaimana caranya?
Atau bagaimana langkah mengatasi isu ini?
Mari kita bincangkan di sini.
Status sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang akan dihadapi oleh mereka dari pelbagai aspek termasuklah dari segi emosi, ekonomi, dan sosial khususnya dalam menghadapi stigma masyarakat setempat. Jadi, bagaimana untuk kita mengatakan tidak kepada masalah psikologi ibu tunggal ni?
1. Emosi
Cabaran yang paling besar bagi seorang ibu tunggal ialah kesukaran membesarkan anak-anak sendirian. Tanggungjawab untuk menguruskan keluarga yang sepatutnya dikongsi bersama pasangan, akhirnya memaksa mereka untuk mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.
Bagi mengelakkan masalah psikologi ibu tunggal, pengurusan emosi ibu amat penting. Kerisauan mereka apabila anak-anak tidak lagi mempunyai “father figure” akan mempengaruhi emosi mereka. Mereka akan merasa gagal bila tidak mampu memenuhi tanggungjawab untuk mendisiplinkan anak tanpa kehadiran seorang bapa. Malah, perkembangan dan pendidikan anak juga akan terabai kerana kesibukan bekerja mencari pendapatan kepada keluarga.
Jadi, emosi ibu perlu dititik beratkan demi kesejahteraan keluarga.
2. Ekonomi
Majoriti ibu tunggal akan mengalami masalah berkaitan ekonomi khususnya masalah kewangan. Mereka yang mempunyai tanggungan di bawah jagaan mereka akan menambahkan lagi beban kewangan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Masalah psikologi di kalangan ibu tunggal akan meningkat kerana kekangan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik disebabkan oleh tahap pendidikan yang rendah. Malah wanita-wanita yang bekerjaya sebelum berkahwin yang akhirnya menjadi suri rumah akan mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan atas faktor usia dan komitmen.
Walaubagaimanapun, mereka masih boleh dapatkan bantuan kewangan hasil daripada pekerjaan sendiri, jiran-jiran, bantuan zakat, malah, bantuan daripada kerajaan.
3. Sosial
Kebanyakan ibu tunggal memilih untuk mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti-aktiviti sosial. Tujuan utama adalah untuk mengurangkan risiko difitnah kerana status sebagai seorang ibu tunggal. Namun, kesibukan untuk bekerja serta menguruskan rumah tangga seorang diri juga menyebabkan golongan ibu tunggal ini tiada masa untuk bersosial.
Selain daripada itu, sebilangan masyarakat sering memandang serong terhadap golongan ibu tunggal ataupun janda. Masyarakat berpendapat status mereka sebagai status yang negatif, lebih teruk, mereka beranggapan golongan ini sebagai perampas atau pemusnah rumah tangga orang lain. Pandangan negatif begini menyukarkan ibu tunggal untuk bergaul dalam masyarakat.
Anggapan negatif seperti ini perlu diubah agar masalah psikologi di kalangan ibu tunggal dapat di elakkan.
Yang penting, teruskan pembacaan dan dapatkan juga produk ibu tunggal yang menarik di ekongsi.com.
Layari juga laman youtube kami untuk lebih tips dan info menarik.