Bantuan Geran Pelancaran Ibu Tunggal
Pernah dengar tentang geran pelancaran ibu tunggal? Masih mencari bantuan buat ibu tunggal? Tidak kiralah sama ada dari segi bantuan kehidupan atau perniagaan? Mari kami
eKongsi merupakan sebuah platform keusahawanan sosial yang bertujuan untuk membantu para ibu tunggal memulakan perniagaan secara atas talian. eKongsi juga menyediakan program latihan & bimbingan keusahawanan serta modal permulaan perniagaan kepada setiap peserta. Pengambilan Batch pertama eKongsi telah dibuka pada 21 Jun 2022.
1
Kami menyediakan pendidikan dan kemahiran keusahawanan terkini yang dapat mempersiapkan usahawan untuk berdaya saing dan relevan. Kami juga menggalakkan akan kolaborasi usahawan dari pelbagai industri sebagai pengajar
2
Kami mementingkan akan kelangsungan dan kemandirian peserta selepas program. Maka kami menyediakan sebuah platform yang yang dapat menaikkan jualan peserta dan sistem sokongan yang berterusan
3
Kami percaya setiap orang mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan tidak kira dalam apa jua bentuk. Kami menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama menyokong para peserta eKongsi
Syarat penyertaan:- (1) Seorang ibu tunggal dan warganegera Malaysia (2) Berumur 18 sehingga 45 tahun (3)Berminat memulakan atau mengembangkan perniagaan (4) Memberi komitmen penuh dan berkelakuan baik sepanjang program (5) Mempunyai peranti (telefon atau laptop) bagi kelas atas talian. Maklumat lanjut boleh rujuk Soalan Lazim & Jawapan
Sertai Group whatsapp eKongsi untuk update terkini Disini
Pernah dengar tentang geran pelancaran ibu tunggal? Masih mencari bantuan buat ibu tunggal? Tidak kiralah sama ada dari segi bantuan kehidupan atau perniagaan? Mari kami
Kini, memulakan perniagaan bukan lagi menjadi satu masalah buat ibu tunggal dengan adanya Bantuan Tekun Nasional. Ia adalah salah satu dari pelbagai jenis bantuan yang
Industri kraftangan pilihan utama ibu tunggal? Ketika keadaan mendesak, pelbagai idea akan timbul bagi ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan. Antara pelbagai jenis perniagaan, kraftangan dilihat
Jom selami idea ini untuk membantu ibu tunggal. Jika anda ada pelbagai idea untuk menjual, kami kongsikan idea ini yang mana dengan modal RM 2000
Jom kita kenali beberapa jenis perniagaan yang boleh diceburi. Apabila kita bercakap mengenai jenis perniagaan, sudah pasti minda kita ke arah produk yang mudah dijual.
Jom kita kenali beberapa jenis produk yang boleh dijual. Berada di tahun pasca Covid ni sudah pasti banyak peluang terhidang bagi mereka yang mencarinya. Ramai
Siapa setuju yang pengurusan anak lebih terjaga jika berniaga? Pasti ramai juga yang tidak menyedari perkara itu bukan? Okay, kalau anda nak tahu dengan berniaga,
Ibu tunggal kini lebih kreatif cipta kerjaya? Seperti yang kita sedia maklum, status ibu tunggal bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan suami akibat kematian sahaja, malah
Pengarah Projek
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, UniSZA. Mempunyai lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang keusahawanan. Pengasas kepada GetRunner, Purnamaplus dan eKongsi. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Pingat Tunku 2020 dan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018
Timbalan Pengarah
Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Penulis artikel websites berkaitan kewangan & pelaburan.
Penyelaras
Dr Muhammad Nur Salehin merupakan seorang graduan perubatan dan pembedahan. Beliau mempunyai lebih 7 tahun pengalaman dalam menguruskan beberapa perusahaan termasuklah dalam bidang pertanian, pembinaan serta komestik & kecantikan.
eKongsi bukanlah sebuah non-governmental organization (NGO). Sebaliknya hanya sebuah projek yang berbentuk program keusahawanan.
Kami tidak menerima sumbangan derma berbentuk wang dari orang ramai. Sekiranya anda nak menyokong usaha eKongsi, boleh membeli dari usahawan eKongsi seperti yang tertera di atas.
Kami sangat mengalu-alukan kolaborasi dengan pihak yang ingin membantu usahawan ekongsi. Boleh hubungi kami di 017-298282 atau email ziyad@ekongsi.com
Kelas keusahawanan eKongsi hanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu selama 1 bulan sahaja. Ianya bukan lah kelas hari-hari. Sebaliknya hanya 1 atau 2 hari seminggu sahaja sahaja secara atas talian.
Modal permulaan perniagaan RM1,000 eKongsi merupakan sebuah geran. Bukannya pinjaman atau perlu dibayar balik. Namun, pihak eKongsi berhak menarik semula geran yang diberikan sekiranya peserta tidak memenuhi syarat-syarat program.
Bagi batch pertama, kami hanya memilih seramai 8 orang peserta sahaja.
Pendaftaran batch pertama akan ditutup pada 7 Julai 2022.
Program ekongsi batch pertama akan bermula pada 16 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2022 bagi kelas pembelajaran atas talian. Dan pemantauan selepas program bermula 16 Ogos 2022 hingga 15 September 2022. Tertakluk pada perubahan semasa.
Sebaik permohonan anda diterima, pihak eKongsi akan melakukan sesi pemilihan secara temuduga ringkas atas talian. Peserta yang lebih memerlukan akan diberi keutamaan.
Pihak kami akan proses permohonan anda dan hubungi anda untuk sebarang update. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul bagi mengelakkan anda tidak dapat dihubungi. Ikuti juga perkembangan kami di Telegram, Facebook dan Instagram kami
Sebarang update terkini mengenai pendaftaran dan aktiviti eKongsi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di sosial media kami. Jangan lupa ikuti kami di Telegram, Facebook dan Instagram.
© 2024 All Rights Reserved.